Lelaki Idaman Saya
--@@@--
Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang
beriman
Yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap
Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata
benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang
yang berjuang di jalan Allah
Lelaki idaman saya adalah lelaki yang
menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang
dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang
dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya
yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai
musuh yang bersifat
jembalang
Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati
ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua
orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak
mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara
menuju akhirat
Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk
menjadi imam
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi
sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat
Allah keatasnya
Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan
masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh
kematangan
Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang
akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja
dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi
baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian
Lelaki idaman saya adalah lelaki
yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya
Nukilan Rasa : MasMerah '99